kenangan kasut merah kakak saya masih lagi di ingatan. saya masih lagi tidak dapat melupakan kejadian yang berlaku tiga tahun yang lalu . kejadian itu adalah kejadian yang menyedihkan buat diri saya.
tiga tahun yang lalu, saya dan keluarga bercadang untuk pergi berkelah di pantai east coast . saya sungguh ghairah untuk pergi berkelah bersama kerana ini adalah kali pertama saya berkelah bersama dengan keluarga. kami pun bersiap sedia untuk ke pantai. cuaca pada hari itu cukup mendung tetapi kami tetap ingin ke pantai untuk berkelah kerana bukan selalu kami dapat keluar bersama. kakak saya memakai kasut merah yang dibeli oleh saya untuk hari jadi nya. saya terharu dengannya kerana dia memilih kasut yang murah dibeli oleh saya dari kasut-kasutnya yang berjenama. kami pun ke pantai east coast untuk berkelah. kami mencari tempat yang mempuyai bayak pokok kerana mempuyai tempat yang berteduh jika hujan berlaku. sebaik sahaja kami meletak benda-benda kami, saya dan kakak saya pun pergi ke pantai untuk berenang. kakak menanggalkan kasutnya dan meletaknya di tepi dengan penuh kasih sayang. saya pun tidak tau kenapa dia berbuat dimikian. aku pun tidak menghiraukan sangat tentang itu.
jumlah orang lain di pantai east coast tidak begitu ramai kerana hari mendung dan kami pergi ke sana pada hari biasa. kakak saya pergi berenang dahulu tanpa menuggu saya. saya pun bercadang untuk makan dahulu sebelum berenang. ini adalah satu kesilapan saya. beberapa minit kemudian, kakak saya tidak ada di kelihatan. saya sekeluarga bermula gelisah. saya dan bapa saya dengan segera bergegas untuk cuba mencari kakak saya. saya memanggil untuk pertolongan manakala bapa saya terus mencari kakak saya. beberapa orang pun menolong kami dalam pencarian ini. saya dan bapa saya mula cemas. beberapa minit kemudian, polis dtg dan mereka dengan segera memulakan pencarian. sejam sudah berlalu dan kakak saya tidak timbul. ibu dan bapa saya menangis bersedu-sedu dan saya seakan tidak percaya yang kakak saya tidak dapat dijumpai. beberapa hari kemudia, berita yang saya dan keluarga saya tidak mahu betul-betul terjadi. kakak saya meniggal dunia kerana tenggelam. hanya tinggal kasut merah itu yang aku dapat kenangkan.
saya sugguh kesal kerana tidak dapat menolongnya. kasut merah itulah yang mempuyai kenangan yang pahit buat saya dan keluarga saya. saya berharap kejadian yang pahit ini tidak akan berulang lagy dalam hidup saya.
Thursday, January 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment