Wednesday, April 22, 2009

biar beradap

pada pendapat saya, sikap beradap harus diamalkan oleh setiap individu tidak kira usia atau agama. sikap beradap patut dipupuk dalam sikap kanak-kanak semejak kecil lagy supaya mereka akan beradap dewasa kelak. ia agak susah untuk mengajar orang dewasa berkelakuan dengan beradap. terutama sekali di tempat awam seperti di dalam mrt.

budak-budak zaman sekarang sudah tidak malu untuk berkelakuan sumbang di tempat-tempat awam di mrt. mereka membuat perkara-perkara yang jijik ini seperti tidak bersalah gitu. inlah perkara yang saya tidak suka. mereka seakan - akan tidak malu lagi untuk membuat perkara sebegini. jika mereka sudah berani berkelakuan sumbang di tempat awam, apatah lagi di tempat yang tidak ramai orang. astarfirllahalazimm. hanya allah sahaja yang tahu.

walaupun saya sendiri adalah seorang remaja, saya tidak suka jikalau remaja berkelakuan sumbang di khalayak ramai kerana ia hanya akan mejejas maruah mereka sendiri. saya pun tidak pasti mengapa mereka berkelakuan begitu.sama ada mereka ingin menunjuk nunjuk atau mereka betul-betul tidak ada tempat laen ingin melakukan perkara tersebut.

biar beradap

Thursday, February 12, 2009

melestarikan budaya warisan bangsa

budaya itu merupakan kata jamak bagi budi pekerti dan akal warisan pula merupakan peniggalan yang diturunkan daripada generasi yang terdahulu sesebuah bangsa. esei ini akan membincangkan bagaimana budaya itu dapat dilestarikan. budaya yang akan ditengahkan dari segi kesenian,peradaban dan bahasa.

dari sedi peradaban, terdapat beberapa cara untuk melestarikan budaya warisan bangsa. cara-cara peradaban ialah menghormati, pantang larang, dan kunjung mengunjung. hormat menghormati sesama manusia adalah peradaban yang penting untuk melestarikan budaya kerana budaya kami tidak mengaja kita untuk bersikap kurang ajar terhadap sesiapa pun. budaya hormat-menghormati bukan sahaja terdapat di budaya melayu tetapi kesemua budaya tidak kira budaya cina ataupun india. ini adalah peradaban yang paling penting bagi saya kerana hormat menghormati dapat melestarikan budaya bangsa dengan baik. dari segi pantang larang, kebanyakkan pantang larang dubuat oleh nenek moyang kami dahulu. mereka berbuat dimikian untuk menakutkan anak-anak mereka untuk tidak membuat sesuatu perkara kerana ia kurang sopan. contoh bagi pantang larang ialah kita tidak boleh duduk di atas bantal kerana kononya punnggung akan keluar bisul. perkara ini tidak ada logic scientifik dan pantang larang ini dibuat untuk mensihati org supaya bantal hanya untuk kepala dan bukan untuk punnggung. saya berpendapat bahawa pantang larang adalah sesuatu yang bijak kerana kanak-kanak kecil tidak akan membuatnya.

dari segi bahasa, puisi, kata-kata hikmah dan pantun adalah contoh bagi bahasa. Melata mempelas di depan kota,kerja culas makan gaji buta. ini adalah contoh pantun 2 kerat. pantun adlaah sindiran yang baik dan sering digunakan oleh nenek moyang kami. pantun dapat melestarikan budaya warisan bangsa kerana pantun kerap digunakan untuk meminang pada zaman dahulu dan pantun hanya bloeh didapati di budaya melayu. kesemua pantun tidak mempuyai kata kesat dan ini dapat melestarikan budaya warisan bangsa. kata-kata hikmah juga adalah satu contoh bagi bahasa. kata-kata hikmah ialah kata-kata pendoman ataupun kata-kata yang mempuyai makna yang mendalam. bahasa kita punuh dengan kata-kata hikmah. puisi adalah salah satu contoh kata-kata hikmah. hampir kesemua puisi mempuyai kata-kata hikmah. pada pendapat saya, kata-kata hikmah cukup penting untuk bahasa kerana ia dapat melestarikan budaya warisan bangsa dengan baik.

dari segi kesenian pula, tarian dan tekstil adalah contoh-contohnya. tekstil adalah faktor penting dlm segi kesenian. batik dan songket adalah contoh bagi tekstil dan ia sering digunakan oleh orang melayu tetapi lebih oleh orang dahulu. batik dan songket dpt melestarikan budaya warisan bangsa kerana ia sering digunakan. bagi tarian pula, tarian melayu sunggu unik dan menarik. tarian melayu tidak begitu cepat ataupun lmbt. tarian seperti zapin sungguh lembut dan senang untuk ditontoni. ini adalah cara-cara untuk melestarikan budaya warisan bangsa.

Thursday, January 29, 2009

sepatu merah

kenangan kasut merah kakak saya masih lagi di ingatan. saya masih lagi tidak dapat melupakan kejadian yang berlaku tiga tahun yang lalu . kejadian itu adalah kejadian yang menyedihkan buat diri saya.

tiga tahun yang lalu, saya dan keluarga bercadang untuk pergi berkelah di pantai east coast . saya sungguh ghairah untuk pergi berkelah bersama kerana ini adalah kali pertama saya berkelah bersama dengan keluarga. kami pun bersiap sedia untuk ke pantai. cuaca pada hari itu cukup mendung tetapi kami tetap ingin ke pantai untuk berkelah kerana bukan selalu kami dapat keluar bersama. kakak saya memakai kasut merah yang dibeli oleh saya untuk hari jadi nya. saya terharu dengannya kerana dia memilih kasut yang murah dibeli oleh saya dari kasut-kasutnya yang berjenama. kami pun ke pantai east coast untuk berkelah. kami mencari tempat yang mempuyai bayak pokok kerana mempuyai tempat yang berteduh jika hujan berlaku. sebaik sahaja kami meletak benda-benda kami, saya dan kakak saya pun pergi ke pantai untuk berenang. kakak menanggalkan kasutnya dan meletaknya di tepi dengan penuh kasih sayang. saya pun tidak tau kenapa dia berbuat dimikian. aku pun tidak menghiraukan sangat tentang itu.

jumlah orang lain di pantai east coast tidak begitu ramai kerana hari mendung dan kami pergi ke sana pada hari biasa. kakak saya pergi berenang dahulu tanpa menuggu saya. saya pun bercadang untuk makan dahulu sebelum berenang. ini adalah satu kesilapan saya. beberapa minit kemudian, kakak saya tidak ada di kelihatan. saya sekeluarga bermula gelisah. saya dan bapa saya dengan segera bergegas untuk cuba mencari kakak saya. saya memanggil untuk pertolongan manakala bapa saya terus mencari kakak saya. beberapa orang pun menolong kami dalam pencarian ini. saya dan bapa saya mula cemas. beberapa minit kemudian, polis dtg dan mereka dengan segera memulakan pencarian. sejam sudah berlalu dan kakak saya tidak timbul. ibu dan bapa saya menangis bersedu-sedu dan saya seakan tidak percaya yang kakak saya tidak dapat dijumpai. beberapa hari kemudia, berita yang saya dan keluarga saya tidak mahu betul-betul terjadi. kakak saya meniggal dunia kerana tenggelam. hanya tinggal kasut merah itu yang aku dapat kenangkan.

saya sugguh kesal kerana tidak dapat menolongnya. kasut merah itulah yang mempuyai kenangan yang pahit buat saya dan keluarga saya. saya berharap kejadian yang pahit ini tidak akan berulang lagy dalam hidup saya.

Tuesday, January 27, 2009

aku kini baru menamatkan pelajaran peringkat sekolah rendah dan tak lama lagi akan ke sekolah menengah. aku begitu ghairah dan gembira akan dapat berkenalan dengan teman-teman baru. Di sekolah rendah,aku tidak mempuyai ramai teman kerana aku adalah seorang yang pendiam dan pemalu.

Aku akan cuba mengubah sikap pendiam dan pemalu demi untuk mengenal erti persahabatan dan mempuyai ramai teman agar dapat saling bantu membantu dari segi pelajaran dan masalah. Terdapat bayak cabaran di sekolah menengah yang harus aku alami dari segi pelajaran dan kelakuan. Dari itu, aku harus mencari erti persahabatan. aku sudah ke sekolah menengah selama seminggu dan aku bersyukur kerana sudah mempuyai lebih ramai kawan berbanding di sekolah rendah. Walaupun begitu, aku tetap tidak mengenali erti persahabatan kerana kebayakkan mereka tidak begitu rapat dengan aku. Aku mempuyai seorang teman yang rapat dengan aku dan dier duduk di sebelah aku di kelas. kami selalu belajar sama-sama dan menolang satu sama lain dalam pelajaran yang lemah.

aku mula mengenali erti persahabatan . Aku begitu gembira kerana mendapat dia sebagai kawan rapat kerana dia memahami aku dan dia senantiaser membuatku bahagia. Dia pun selalu membuatku tertawa semasa ku dalam keadaan muram. Aku tidak pernah mendapat kawan seperti dia. Aku pun selalu membantu dia dari segi pelajaran dan masalah peribadinya. Dia selalu menceritakan kepada aku tentang kehudupannya dan aku pun memberitahu tentang kehidupan aku. aku pernah mengalami kemalangan yang parah dan sepanjang pengainapanku di hospital, dia lah yang slalu menziarahi aku dan memberi aku motivasi untuk segera pulih. Dia pun menolong aku dalam pelajaran kerana aku sudah ketinggalan jauh kerana terpaksa terlantar di hospital.

Aku pula menyedari yang ini adalah erti sebenar persahabatan. Teman yang sejati adalah seorang yang akan menemani kita di waktu yang susah dan akan senantiaser menolong dalam keadaan susah dan senang. ini lah erti persahabatan..

Tuesday, August 12, 2008

cara-cara menjadi pengguna yang bertanggungjawap

remaja masa kini lebih rela bermain internet daripada bermain sukan. internet amat dikenali orang ramai sebagai sumber pengetahuan atau sumber permainan. internet ada baik dan buruknya tetapi ia adalah di tangan pengunanya sama ade untuk menjadi pengguna yang bertanggungjawap atau untuk menyalagunakan pengkhidmatan internet.

terdapat beberape cara yang kita boleh lakukan untuk menjadi pengguna yang bertanggungjawap.pertama, kite sebagai pengguna tidak dinasihati untuk bermain permainan di intenet berlerbihan. jika seseorang indivudu bermain permainan di internet, ia akan membuat seseorang itu hilang fokus untuk bermain dah dia akan ketagih dengan bermain permainan tersebut. jika dia ketagih, ia agak payah untuk dia membuang ketagihnya dan ini akan membuat keadaan lebih parah.

cara kedua, ramai pasti tahu lelaman-lemaman seperti "friendster" dan "facebook". ia adalah lelaman-lelaman yang boleh membahayakan penguna jika menyalagunanya. kita tidak dinasihati supaya menberi maklumat-maklumat yang benar kerana kita mungkin tidak tahu yang orang yang kita memberi adalah penjenayah. kita pun tidak dinasihati untuk berjumpe dengan sesiape yang dikenali di internet kerana mereka mungkin ada niat yang kurang baik terhadap kamu. mereka mungkin adalah perogol atau pembunuh. ini adalah perkara yang paling dirisaukan oleh pemerintah di seluruh dunia.

ketiga, kami tidak dinasihatkan untuk melungsuri ke lelaman yang kurang baik iatu ke lelaman lucah. kita boleh memilih untuk tidak ke lelaman sebegini dengan memuat turun beberape software. para pengguna pun dinasihati supaya membuang semue email yang tidak diketahui sumbernya kerna ia mungkin mengandungi virus yang boleh merosakkan komputer pengguna itu. jadi,pengguna perlu berhati-hati kerana satu salah langka boleh menyebabkan kamu menyesal di lain hari. ini adalah cara-cara pengguna internet yang bertanggungjawap.

Tuesday, July 15, 2008

pandangan bermain congkak (alif)

congkak

congkak adalah permain yang saya gemari hingga kini dah saya ada sebuah congkak di rumah.walaupum congkak hanya boleh dimain oleh dua orang tetapi ia sungguh menarik untuk dimain. permainan congkak ini menarik untuk dimain buat seketika tetapi kalau dimain untuk beberapa jam,ia akan membosankan. harga untuk sebuah congkak anggaran dari 10 hingga 20 dollar.ini adalah pandangan saya tentang permainan tradisional berikut.(congkak)